Bella Astillah Titip Pesanan Buat Syed Saddiq Sebelum Penentu Prosiding Rayuan | Oh! Media

Bella Astillah Titip Pesanan Buat Syed Saddiq Sebelum Penentu Prosiding Rayuan | Oh! Media

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mencuri perhatian apabila menitipkan doa buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelang hari penentu prosiding rayuan kesnya di Mahkamah Rayuan Putrajaya pagi ini.

Menerusi Satu hantaran di Instagram, Bella memuat naik satu perkongsisn yang ditujukan khas kepada Saddiq.

Doa orang ramai mengiringimu @syedsaddiq.

Bukan tu jer, hantaran itu juga disertakan dengan satu foto dirinya bersama Syed Saddiq dan perkara itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Syed Saddiq mohon doa orang ramai

Sebelum ini, Syed Saddiq berkongsi satu video berdurasi 37 saat di media sosial meminta semua pihak mendoakan kebenaran dan keadilan buat dirinya.

Dia juga turut menegaskan bahawa “tiada senjata lebih kuat daripada doa kepada Allah SWT”, lebih-lebih lagi ketika hari istimewa Nuzul Quran.

Mahkamah Rayuan dijangka membuat keputusan terhadap rayuan kes dana Armada yang dihadapinya pagi ini. 

#ApaKataOhmedia

Doa dan keadilan adalah dua elemen penting dalam kehidupan. Semoga apa jua keputusan mahkamah, ia membawa kebenaran dan pengajaran buat semua.


Scroll to Top