Ejen produk kecantikan rugi RM140,000 diperdaya 'polis'

Ejen produk kecantikan rugi RM140,000 diperdaya 'polis'

am@hmetro.com.my

Tangkak: Terpedaya dengan tuduhan kononnya terjebak dalam penipuan pelaburan saham, wanita rugi RM140,000 ditipu individu menyamar polis.

Mangsa berusia 49 tahun yang juga ejen produk kecantikan mendakwa diperdaya selepas menerima panggilan telefon daripada suspek menyamar polis, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, menerusi panggilan itu, suspek turut memberitahu mangsa akaun banknya akan dibekukan bagi tujuan audit.

Katanya, mangsa yang percaya dakwaan ‘polis’ terbabit kemudian melakukan enam transaksi pindahan wang ke empat akaun berbeza.

“Dia bagaimanapun mula curiga dengan dakwaan itu dan akhirnya menyedari dia telah ditipu suspek,” katanya dalam kenyataan.

Roslan berkata, siasatan dijalankan Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai diseru membuat semakan terlebih dahulu bagi mengelak jadi mangsa penipuan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top