Kuala Lumpur: Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Zulfikri Osman dilantik sebagai Ketua Pengarah MARA yang baharu.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Mara Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Pelantikan yang berkuat kuasa semalam adalah bagi menggantikan Datuk Seri Azhar Abdul Manaf yang bersara.
“Majlis Mara dalam mesyuarat ke-587 (Bil. 5 Tahun 2025) pada 13 Mac 2025 dan dengan persetujuan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, telah bersetuju melantik Datuk Zulfikri Osman sebagai Ketua Pengarah MARA berkuat kuasa 17 Mac 2025.
“Di kesempatan ini, saya mewakili Majlis MARA dan warga MARA merakamkan ucapan terima kasih serta selamat bersara kepada Datuk Seri Azhar yang telah melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan bakti beliau sepanjang menerajui MARA,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd