Mutawif Pukul Pelajar Dipecat Serta Merta, Rupa-Rupanya Hanya Freelance | Oh! Media

Mutawif Pukul Pelajar Dipecat Serta Merta, Rupa-Rupanya Hanya Freelance | Oh! Media

Baru-baru ini, tular di media sosial insiden seorang pelajar ditampar hingga cedera disyaki akibat kecuaian ketika memandu.

BACA: Pelajar ‘Berkicap’ Ditampar, Tular Rakaman Dashcam Bongkar Situasi Kejadian?

Insiden menyebabkan nama syarikat pelancongan Altis Holidays Sdn Bhd turut terpalit selepas individu yang dikaitkan didakwa sebagai Penasihat Syariah mereka.

Pelaku tiada kaitan dengan syarikat – hanya mutawif freelance

mutawif

Tak mahu salah faham terus berpanjangan, Altis Holidays segera mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan sebarang kaitan dengan individu terbabit.

Menurut mereka, lelaki tersebut bukan Penasihat Syariah syarikat seperti yang didakwa, sebaliknya hanya bertugas sebagai mutawif secara freelance.

Jelasnya, paparan dalam butiran profil media sosial pelaku adalah tidak tepat. Jadi, pihak syarikat telah mengambil tindakan drastik dengan menamatkan serta-merta khidmat individu terbabit.

Laporan polis telah dibuat

altis holiday

Altis Holidays juga telah tampil membuat laporan polis bagi melindungi perniagaan mereka daripada kekeliruan yang timbul akibat tindakan individu tersebut.

Dalam kenyataan sama, mereka memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil jika terdapat sebarang komen atau hantaran yang berbaur ancaman, ugutan, atau fitnah terhadap syarikat.


Scroll to Top