am@hmetro.com.my
Putrajaya: Proses mengambil keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditangguhkan ke esok.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung rakaman percakapan yang tidak diadakan hari ini.
“Proses rakaman keterangan Ismail Sabri akan disambung esok namun waktu belum ditetapkan,” katanya.
Setakat ini Ahli Parlimen Bera, Pahang itu sudah empat kali hadir ke SPRM untuk memberi keterangan.
Pada Khamis dan Jumaat lalu SPRM telah merakam keterangan Ismail Sabri selama 11 jam manakala semalam, lebih tujuh jam.
Difahamkan, dokumen mengenai kelulusan projek serta perolehan antara tumpuan utama, semalam dalam pengambilan keterangan oleh pegawai penyiasat SPRM terhadap Ismail Sabri ketika menjadi Perdana Menteri ke-9.
Perkembangan itu selepas tiga hari pegawai penyiasat melakukan siasatan terhadap aset yang diisytiharkan oleh Ismail Sabri dan bagaimanapun, sumber berkata Ismail Sabri masih perlu memberi keterangan berhubung sejumlah aset yang diisytiharkan baru-baru ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd