Kuala Lumpur: Gempa bumi bermagnitud 5.6 dilaporkan berlaku di Mandailing Natal, Sumatera Utara, Indonesia, pada 6,23 pagi waktu tempatan.
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) mengesahkan kejadian itu menerusi satu hantaran di platform X.
BMKG melaporkan, kedalaman pusat gempa adalah 109 kilometer.
Bagaimanapun, pihaknya menyatakan bahawa gempa tidak berpotensi menyebabkan ancaman tsunami.
Gegaran turut dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Lembah Klang.
© New Straits Times Press (M) Bhd