“Jangan Jadikan Broken Marriage Sebab Putusnya Silaturrahim”- Fasha Sandha

“Jangan Jadikan Broken Marriage Sebab Putusnya Silaturrahim”- Fasha Sandha

Pelakon versatile, Fasha Sandha meluahkan rasa syukur apabila hubungan keluarga bersama bekas mentua dan pelakon Nora Danish kini baik.

Kata Fasha, meskipun pelbagai dugaan dan ujian yang dilaluinya sebelum ini, namun hubungan anak-anak dan ahli keluarga bekas suami masih harmoni.

Menurutnya, anak-anak terutamanya tidak pernah tahu tentang masalah yang pernah dihadapi mereka kerana sudah diterapkan dengan nilai-nilai kasih sayang dan hubungan kekeluargaan.

Justeru, Fasha menegaskan mana-mana pihak tidak menjadikan ‘broken marriage’ itu sebagai sebab untuk memutuskan hubungan silaturrahim.

“Syukur walau pernah juga melalui pengalaman merajuk manja sesama kami awal-awal dulu, (biasalah kita semua manusia biasa yang tak lari dari kesilapan kan)
But one thing for sure, anak-anak kami semua diajar untuk harmoni, dan berkasih sayang.

“Mereka tak pernah tau tentang masalah atau apa-apa, sebab pada mereka, kami adalah keluarga.

“Jangan jadikan broken marriage sebagai sebab untuk memutuskan silaturahim sesama anak atau anak dengan ayah atau apa pun. Bagi kasih sayang yang lebih untuk mereka,” katanya.

Fasha atau nama penuhnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instaram miliknya.

Namun, apa yang lebih membuatkan pelakon ‘Khilaf Yang Tertulis’ ini sebak dan bersyukur adalah disebabkan anak sulung Nora iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram masih menganggapnya sebagai ‘Mommy’ (Aunty Ibu).

“Mood touching sebab Rayqal masih anggap aunty ibu sebagai mommy dia,” tulisnya.

 

Scroll to Top