Sivasangari, Aifa gagal mara ke separuh akhir Terbuka Australia

Sivasangari, Aifa gagal mara ke separuh akhir Terbuka Australia
Sivasangari, Aifa gagal mara ke separuh akhir Terbuka Australia

Sivasangari memberikan tentangan sengit ketika bertemu pemain Mesir Rowan Elaraby yang juga pilihan keempat

TIADA wakil Malaysia di separuh akhir kejohanan skuasy Terbuka Australia selepas dua pemain wanita negara yang turun beraksi hari ini tumpas di tangan lawan masing-masing.

Pada peringkat suku akhir kejohanan yang berlangsung di South Bank Piazza, Brisbane, S Sivasangari memberikan tentangan sengit ketika bertemu pemain Mesir Rowan Elaraby yang juga pilihan keempat.

Bagaimanapun, Rowan menunjukkan prestasi lebih baik apabila mengungguli 11-9, 11-6, 7-11, 6-11, 11-5 usai aksi selama 65 minit.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Aifa Azman gagal meneruskan momentum mengejutkan pilihan ketujuh dari Mesir, Fayrouz Aboelkheir semalam.

Aifa nyata tidak mampu menandingi pilihan kedua, Tinne Gilis dari Belgium yang mengambil masa hanya 23 minit untuk menewaskan pemain negara itu 11-0, 11-4, 11-5.

Dalam saingan lelaki sebelum ini, pilihan kelima, Ng Eain Yow, terpaksa menarik diri akibat kecederaan ketika menentang pemain Mesir, Mohamad Zakaria. – Bernama

Scroll to Top