Perlu masa dan ruang untuk terima bekas sahabat baik kini ibu tiri – Shila Amzah

Perlu masa dan ruang untuk terima bekas sahabat baik kini ibu tiri – Shila Amzah

KUALA LUMPUR : Kembali bertaut kasih sebagai sebuah keluarga dengan bapanya, Datuk ND Lala, penyanyi terkenal, Shila Amzah, 35,bagaimanapun mengaku perlu masa dan ruang untuk menerima kehadiran ibu tiri, Datin Siti Munirah Abd Ghani.

Menurut Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, faktor utama perkara itu agak sukar buatnya kerana Siti Munirah pernah menjadi sahabat baiknya suatu ketika dahulu.

“Kami (Shila dan ibu tiri) belum pernah berhubung lagi dan saya tak bersedia lagi. Kalau dengan ayah sudah tentu berhubung. Dia pun selalu hubungi saya.

“Hubungan anak beranak pergi ke mana pun tak akan putus, kerana ia tidak melibatkan sesuatu perkara yang teruk sangat hingga membuatkan tidak boleh kembali bersama keluarga

“Saya dan ayah pun akan berbuka puasa bersama pada hujung minggu ini,” katanya.

Jelas Shila, sebagai anak dia berlapang dada menerima takdir ibu bapanya kini bahagia dengan haluan masing-masing.

Pun begitu, sukar untuknya menafikan kenyataan bahawa bekas sahabat baik adalah ibu tirinya kini.

“Sebenarnya saya okey sebab cinta itu tidak boleh dipaksa, kalau ibu bapa tidak bahagia kenapa nak paksa demi anak-anak.

“Biarlah masing-masing cari bahagia mereka bagi saya. Cuma saya masih terkejut dengan siapa pilihannya. Itulah suratan dan takdirnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shila memberitahu dia mempunyai banyak momen bersama ibu tirinya selepas melibat foto kenangan mereka bersama.

Katanya, dia menyedari perkara itu apabila mencari foto kenangan ketika berada di China dalam galeri album telefon bimbitnya.

“Gambar dia masih ada sebab terlalu banyak, saya ada gambar lebih 50,000. Saya nak cari gambar saya di China dan ternampak gambar dengannya,” luahnya.

Sebelum ini, kecoh khabar angin mendakwa ND Lala atau Datuk Amir Amzah Salleh, 63, sudah berkahwin secara rahsia dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripada usianya.

Malah, individu itu dipercayai merupakan sahabat Shila sejak dibangku sekolah.

Fauziah dan ND Lala kemudiannya sah bercerai pada 2 Ogos 2023 menerusi lafaz melalui rakaman suara di WhatsApp.

Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada 1989 dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata lain selain Shila iaitu Amir Syafiq, 32, Amir Syahir, 30, dan Nur Syuhada, 27.

Scroll to Top