Pempengaruh dan usahawan terkenal, Ridzokumura menegaskan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk mencari pengganti selepas pemergian isterinya, Allahyarham Akiko Okumura.
Katanya, tiada siapa yang mampu menandingi kebaikan dan kesetiaan arwah terhadap keluarganya.
Insyaa-Allah abang tak nak kahwin lagi. Cukuplah abang jaga Sky sampai besar.
Perkara itu dikongsikan oleh Ridzuan dalam sesi siaran langsung di TikTok miliknya.
Ridzokumura dedah arwah seorang isteri dan ibu terbaik
Ridzuan turut berkongsi bahawa isterinya seorang yang sangat setia dan tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa.
Abang tak akan dapat orang macam dia. Dia tak ada kawan, tak ada sesiapa sebab itu dia tak ada dosa langsung dekat manusia. Dengan abang, dah ikhlaskan sepenuh hati.
Beliau juga menzahirkan harapan agar arwah isterinya diberikan ganjaran syurga atas segala kebaikan yang dilakukan sepanjang hayatnya.
Kehidupan bersama anak tunggal

Untuk info, Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Sky Taizo Okumura, 13 tahun.
Kini, Ridzuan memilih untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anaknya dan meneruskan kehidupan tanpa kehadiran pengganti buat arwah isterinya.
#ApaKataOhmedia
Setiap kehilangan pasti meninggalkan luka yang mendalam. Namun, kasih sayang yang tulus tidak akan pudar walau masa berlalu. Hargailah setiap detik bersama insan tersayang sebelum terlambat.
