Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty menegaskan bahawa Imran Bard perlu berjumpa dengannya secara bersemuka dan membuat permohonan maaf sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Menurut laporanĀ mStar, Ellie berkata dia tidak akan berdiam diri dan akan menyerahkan perkara ini kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) jika pempengaruh itu masih berdegil.
Sepatutnya dia jumpa saya sebelum bulan puasa lagi, tapi dia kata dia berada di kampung. Jadi saya bagi tempoh hingga hari raya nanti untuk dia datang jumpa saya.
Kalau dia masih berdegil, saya serahkan pada Seniman untuk tindakan lanjut.
Ellie Suriaty tidak mahu permohonan maaf secara tertutup

Ellie juga menolak permintaan Imran Bard yang mahu bertemu secara tertutup, kerana baginya permohonan maaf perlu dilakukan secara terbuka, sama seperti bagaimana namanya telah dicemarkan di khalayak ramai.
Agama Islam tak mengajar kita minta maaf melalui telefon. Kalau nak minta maaf, kena datang jumpa batang tubuh orang yang kita sudah sakitkan hatinya.
Ellie turut mendedahkan bahawa sejak video parodi tersebut tersebar, dia menerima pelbagai mesej negatif dan hinaan yang menjejaskan imejnya.
Tindakan undang-undang masih dalam pertimbangan

Mengenai tindakan undang-undang, Ellie menegaskan bahawa bakatnya tidak boleh dinilai dengan wang, tetapi kesan daripada isu ini telah menjejaskan reputasinya selama lebih tiga dekad dalam industri seni.
Berapakah nilai diri yang hendak diletakkan? Takkanlah nilai saya RM200,000, RM500,000 ataupun RM1 juta? Saya adalah anugerah Allah SWT.
Ellie kini menunggu tanggungjawab yang akan diambil oleh Imran Bard selepas kemelut ini menjadi perhatian ramai.
#ApaKataOhmedia
Dalam dunia digital hari ini, influencer dan content creator perlu lebih berhati-hati dalam menghasilkan kandungan.Ā
Bukan semua perkara boleh dijadikan bahan jenaka, lebih-lebih lagi jika melibatkan imej dan maruah seseorang. Jangan sampai tersilap langkah dan akhirnya merosakkan reputasi sendiri!
