Pasangan sensasi, Bella Astillah dan Syed Saddiq sekali lagi mencuri perhatian selepas ibu anak dua itu tampil menyanyikan lagu berjudul, Untukmu Aku Bertahan nyanyian penyanyi popular Indonesia, Afgan Reza.
Menerusi sesi siaran langsung yang dibuat Bella, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kelihatan sempat meninggalkan komen terhadap aktres itu.
“Dah terlalu biasa kerja kuat sampai kereta pun dah jadi rumah kedua.
“Banyak betul baju dekat seat belakang,” komennya.
Meninjau ke ruangan balas, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat respons yang ditinggalkan Syed Saddiq .
Namun, terdapat segelintir daripada mereka yang berasa sedih mendengar lagu tersebut kerana menyifatkan nyanyian ‘cover’ itu ditujukan buat Syed Saddiq berhubung kes mahkamah nya yang bakal dibicarakan tidak lama lagi.