Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera Ijoy sekali lagi mencuri perhatian ramai! Kali ini, bekas penyampai radio Suria FM itu tampil dengan komen berseloroh di media sosial selepas tiga penyampai radio Era FM direhatkan susulan kontroversi video berkaitan sensitiviti agama.
Dalam komennya, Shiera bukan sahaja memuji perpaduan rakyat Malaysia yang bersatu hati dalam isu tersebut, malah dia turut ‘membuka tawaran’ untuk menggantikan tempat penyampai radio yang direhatkan.
Alhamdulilah ramai orang tolong dan bagi semangat. Ni sementara takde (tiada) ni. Bagi lah kita cover (ganti) jap (sekejap). Kita dah berhenti kerja ni. Kita tolong jap.. free (percuma) jaa…
Era FM sahkan pelawaan Shiera?
Komen tersebut ternyata menarik perhatian Era FM sehingga mereka sendiri memuat naik kembali kenyataan Shiera dengan bertanyakan sama ada dia benar-benar mahu mengendalikan segmen pagi mereka secara percuma.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan gurauan Shiera itu dan menyatakan mereka memang merindui keletahnya sebagai penyampai radio.
Untuk rekod, Shiera sebelum ini mengesahkan telah menamatkan perkhidmatannya di sebuah stesen radio Sinar dan berita itu mengejutkan ramai peminat yang sudah terbiasa dengan suaranya di corong radio.
#ApaKataOhmedia
Shiera memang dikenali dengan gaya bersahaja dan lawaknya yang spontan. Kalau betul dia masuk Era FM, mesti meriah jadinya! Apa pendapat korang, patut tak Shiera ‘cover’ slot yang kosong ni?