Polis siasat video tular pergaduhan tular di IG

Polis siasat video tular pergaduhan tular di IG

mhafis@mediaprima.com.my

Petaling Jaya: Polis menyiasat kejadian pergaduhan membabitkan beberapa individu yang videonya tular di Instagram.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata, pihaknya mengesan video pergaduhan itu pada 2.40 petang Selasa lalu.

Menurutnya, kandungan dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram memaparkan beberapa individu yang menaiki dua kenderaan keluar dari kenderaan mereka dan berlaku pukul-memukul antara satu sama lain.

“Hasil semakan Pusat Media Kontinjen Selangor, terdapat laporan polis yang dibuat berhubung kejadian itu.

“Polis menerima laporan bersangkut kejadian ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Beliau berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya menjaga sebarang tingkah laku dan tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang.

“Polis juga menyeru kepada orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat dan sahih berkenaan kejadian itu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top