PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terkandas di pusingan pertama All England 2025 selepas tewas kepada pasangan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, hari ini.
Pasangan negara itu gagal menyaingi kehebatan pilihan keenam itu sebelum tunduk dalam straight set 15-21, 8-21 di Utilita Arena, Birmingham.
Kekalahan ini menjadikan mereka wakil Malaysia ke-11 yang tersingkir daripada kejohanan badminton tertua dunia itu.
Harapan negara kini terletak kepada Pearly Tan-M. Thinaah, Goh Soon Huat-Shevon Lai, dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang berjaya mara ke pusingan kedua yang dijadualkan berlangsung pada malam ini. – UTUSAN