Enot Nafi Kurus Sebab Buat Bariatrik, Setahun Tak Makan Nasi

Enot Nafi Kurus Sebab Buat Bariatrik, Setahun Tak Makan Nasi

Penampilan terbaru pelakon dan pelawak Enot menjadi perhatian ramai apabila dilihat semakin kurus dan berjaya menurunkan berat badan.

Menerusi sesi live di TikTok, Enot menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia melakukan pembedahan bariatrik untuk menurunkan berat badan.

BACA: Enot Kongsi Video Manis Dengan Kekasih, Bukti Ada Teman Lelaki

@mingguanwanita

Terkesima melihat perubahan bentuk badan pelakon Enot yang begitu katara. Terbaru Enot menerusi siaran langsung di akaun Tik Tok akui berat badannya kini 75kg. Wow memang nampak langsing tau! Enot yang juga bekas pesakit kanser usus turut menafikan dirinya melakukan pembedahan usus untuk kurus. Enot menerangkan sebagai bekas pesakit kanser usus pembedahan begitu boleh membawa maut pada dirinya. Paling penting Enot kurus secara semula jadi tau! Elak minum manis dan hampir setahun tidak usik nasi. #enot #bekaspesakitkanserusus #enotkurus Sumber Video : Tik Tok Enot

? original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

“Asal kurus je semua tuduh potong, banyak sangat duit aku nak potong. Hari tu aku nak operation lutut pun aku minta bantuan orang apatah lagi nak operation perut, kelakar,” katanya.

Sementara itu, Enot berkata sebagai bekas pesakit kanser usus dia tidak boleh melakukan pembedahan berkenaan kerana boleh mengancam nyawa.

“Saya ni bekas penghidap kanser usus. Usus saya tak boleh usik langsung. Kalau saya potong bermakna saya tempah maut. Jadi saya tak boleh. Saya diminta untuk turun secara natural sebab lutut dengan tulang belakang saya ada masalah,” katanya.

Menurut Enot lagi, dia tidak mengambil gula dalam makanan serta sudah setahun dia tidak mengambil nasi. Kongsinya lagi, beratnya kini mencecah 75 kilogram.

“Nasi saya memang tak suka makan. Jadi kalau betul-betul fully tak makan nasi adalah setahun. Gula pun saya potong, saya minum mineral saja.

“Kopi pun minum kopi pahit, kopi o, tak reti letak gula sangat. Saya jarang senaman tapi adalah buat sit up 100 dan berat sekarang 75 kilogram,” katanya.

SUMBER: Mingguan Wanita


Scroll to Top