Beri Penjelasan, Pempengaruh Mangobossku Sangkal Roslan Shah Curi Duit RM66,000… Video Viral Hanya Sekadar ‘Ujian Kejujuran’

Beri Penjelasan, Pempengaruh Mangobossku Sangkal Roslan Shah Curi Duit RM66,000… Video Viral Hanya Sekadar ‘Ujian Kejujuran’

Pempengaruh popular Singapura, Mangobossku mahu menguji kejujuran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Roslan Shah.

Menerusi sebuah video viral, Mangobossku menuduh Roslan mencuri wang sebanyak SGD20,000 (RM66,000) dan ia heboh diperkatakan di laman sosial.

Selepas video itu dikongsikan oleh Mangobossku di laman sosial, XTRA memuat naik visual itu kembali di TikTok dan telah meraih lebih 2.6 juta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Video TikTok Tular, Pempengaruh Mangobossku Dakwa Roslan Shah Curi RM66,000? – “Dia Cakap Tak Ambil Tapi Duit Ada Dalam Beg”

ARTIKEL BERKAITAN: Video Tuduhan Mencuri Raih Lebih 2.6 Juta Tontonan, Roslan Shah Nafi Ambil Duit RM66,000! Berjaya Harungi ‘Ujian Kejujuran’ Pempengaruh Mangobossku

Menceritakan kronologi sebelum video terbabit dirakamkan, Mangobossku yang kini menjalankan perniagaan kunafa dan memiliki 13 gerai beraneka makanan di Singapura berkata, dia sengaja berbuat demikian kerana mahu menguji kejujuran Roslan.

“Ketika Roslan pergi ke tandas, saya minta kakitangan masukkan duit tunai SGD20,000 ke dalam beg miliknya.

@xtra_my Apa berlaku ni antara Roslan Shah & Mangobossku? 😫 Ada cakap Cik Lan kena aniaya, ada pula cakap sekadar content je 😥 #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

“Jadi ketika dia membuat siaran langsung di TikTok, saya pun jalankan kerja dan mencari duit yang hilang.

“Sepanjang mengenalinya dia tidak pernah mencuri. Kalau dia tiada duit, dia akan minta dengan saya.

“Pernah saya tinggalkan duit ketika dia ada, satu sen pun tak hilang. Saya selalu saja bawa duit jualan ke rumah dan mengajaknya, tapi dia tak pernah mencuri atau ambil barang saya.

Mangobossku atau nama sebenarnya Mohammad Hussin Said berkata, walaupun video ujian kejujuran yang dimuat naik mendapat kecaman hebat, namun dia enggan ambil peduli.

“Walaupun orang kecam, saya hanya mampu cakap apa saja kandungan yang dimuat naik anda tengok boleh, tapi jangan percaya dengan melulu,” katanya.

Terdahulu dalam video berdurasi lebih dua minit itu, Roslan pada awalnya menganggap Mangobossku hanya bergurau atau melakukan ‘prank’. Namun, situasi bertukar serius selepas wang SGD20,000 itu benar-benar dijumpai dalam begnya.

Menafikan dakwaan itu, Roslan dilihat menangis teresak-esak sambil mempertahankan dirinya daripada tuduhan mencuri.

Ada yang bersimpati dengan Roslan, namun terdapat juga netizen yang membuat spekulasi bahawa penyanyi itu mungkin dianiaya.

Scroll to Top