“Fahmi Fadzil nafi tuduhan kompaun berat sebelah -“Ini fitnah berniat jahat!”

“Fahmi Fadzil nafi tuduhan kompaun berat sebelah -“Ini fitnah berniat jahat!”

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil nafi tuduhan kompaun berat sebelah yang dikenakan terhadap syarikat pemegang lesen radio Era FM.

Memetik laporan dari Sidang Media Menteri Komunikasi berkenaan, beliau menegaskan bahawa dakwaan yang mengatakan tindakan tersebut menindas Islam adalah fitnah berniat jahat.

Fahmi Fadzil nafi denda dikenakan berat sebelah

Menurutnya, kompaun RM250,000 yang dikenakan ke atas Maestra Broadcast Sdn Bhd adalah keputusan yang dibuat dengan kelulusan Timbalan Pendakwa Raya dan bukannya terhadap stesen radio atau penyampai terbabit.

“Saya sudah jelaskan bahawa yang dikenakan kompaun adalah syarikat pemegang lesen, yang mengendalikan stesen radio Era FM iaitu Maestra Broadcast Sdn Bhd dan bukannya Era FM itu sendiri mahupun ketiga-tiga penyampai radio.
“(Tuduhan) kononnya hukuman yang dikenakan berat sebelah hingga menyebabkan agama Islam ditindas, ini fitnah yang memang berniat jahat dan lari daripada realiti ataupun fakta,” katanya.

Fahmi Fadzil nafi tuduhan kompaun tak adil

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan kompaun ke atas syarikat tersebut kerana memuat naik kandungan jelik melampau di TikTok Era FM, di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang telah dipinda pada 11 Februari 2025.

Fahmi Fadzil nafi tuduhan itu lagi dengan menjelaskan bahawa kes ini tidak boleh disamakan dengan isu KK Mart dan kompaun terhadap pelawak Harith Iskander serta Cecelia Yap kerana kategori kesalahan yang berbeza.

“Kes KK Mart disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan denda RM60,000 dikenakan melalui keputusan mahkamah. Manakala kes Harith Iskander dan Cecelia Yap pula berada di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dengan kompaun RM10,000 dikenakan kepada individu, bukan syarikat.
“Kesalahan ini berlaku sebelum pindaan AKM yang berkuat kuasa 11 Februari lalu. Sebelum tarikh itu, denda maksimum adalah RM50,000 tetapi selepas pindaan, ia dinaikkan sehingga RM500,000,” katanya.

fahmi fadzil nafi

Artikel lain: Pengajaran buat 3 penyampai radio, tak cadang ambil tindakan lanjut -Fahmi Fadzil

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan tiada tindakan lanjut dari MCMC dikenakan kepada 3 penyampai radio berkenaan kerana denda sudah pun dimaklumkan terhadap syarikat serta mereka telah menerima pengajaran daripada isu terbabit.

Terdahulu, tiga penyampai radio Era FM, Nabil Ahmad, Raden dan juga Pak Azad telah dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama pengamal media di Kuala Lumpur.

Mereka berkesempatan untuk bertemu langsung Menteri Komunikasi dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri juga menyarankan mereka untuk menjadi ejen perpaduan dengan menyebarkan lebih banyak berkenaan keharmonian kepada masyarakat Malaysia.

Sumber: Facebook Fahmi Fadzil

Scroll to Top