Finas Anggap Isu Ellie Suriaty Dan Imran Bard Adalah Contoh Buli Siber | Oh! Media

Finas Anggap Isu Ellie Suriaty Dan Imran Bard Adalah Contoh Buli Siber | Oh! Media

Isu panas antara Ellie Suriaty dan pempengaruh, Imran Bard yang hangat diperkatakan baru-baru ini dianggap sebagai satu contoh buli siber di media sosial.

Menurut laporanĀ mStar, pengguna media sosial perlu lebih bijak dan berhati-hati dalam meninggalkan komen atau memberikan reaksi terhadap sesuatu isu.

Perlu lebih berhati-hati di media sosial

Perkara ini telah dikatakan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Tanpa disedari, kita boleh menjadi penyumbang kepada buli siber jika tidak berhati-hati membuat sesuatu komen atau reaksi dalam media sosial.

Beliau juga mengingatkan bahawa agama dan budaya kita menekankan adab serta kesusilaan dalam berkomunikasi, termasuk dalam platform media sosial.

Ellie Suriaty luah rasa kecewa

ellie suriaty

Azmir turut mendedahkan bahawa Ellie, 54, ada menghubungi pihak Finas untuk meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Ellie ada menghubungi saya dan meluahkan perasaan sedih serta terkilan mengenai isu ini.

Beliau berharap kedua-dua pihak dapat bertemu dan menyelesaikan kemelut ini secara baik, sekali gus memberi pengajaran kepada masyarakat agar lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial.

Saya pasti, bila ia dapat diselesaikan dengan baik, ini akan menjadi contoh yang baik kepada semua.

#ApaKataOhmedia

Media sosial bukan tempat untuk menghukum atau memperlekehkan orang lain. Sebelum meninggalkan komen atau berkongsi sesuatu isu, pastikan ia tidak menyakiti atau menjadi punca buli siber terhadap individu lain. Gunakan platform ini dengan bijak dan beretika!


Scroll to Top