Ramai Yang Risaukan Sky Dan Minta Jumpa Pakar Selepas Lihat Perkongsian Terbaru Ridzokumura Ini | Oh! Media

Ramai Yang Risaukan Sky Dan Minta Jumpa Pakar Selepas Lihat Perkongsian Terbaru Ridzokumura Ini | Oh! Media

Perkongsian terbaru usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura mengenai anaknya Sky Taizo Okumura, telah menyentuh hati ramai. 

Kalau korang tengok video TikTok yang dimuat naik, Ridzuan berkongsi momen berbuka puasa di kedai bunganya di Subang Jaya. Namun, dia tiba-tiba menyedari anaknya tidak kelihatan.

Terbaring murung dalam bilik

Ketika bertanya kepada pekerjanya, mereka memberitahu bahawa Sky berada di dalam bilik. Ridzuan yang masuk untuk mencari anaknya terkejut apabila mendapati anaknya hanya terbaring di atas sofa.

Perkara itu membuatkan ramai netizen bersimpati dan menzahirkan kebimbangan terhadap keadaan emosi remaja tersebut, lebih-lebih lagi selepas kehilangan ibunya pada 28 Februari lalu.

Netizen cadang bawa Sky jumpa pakar

Sky Ridzokumura

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai menyarankan agar Ridzuan membawa Sky mendapatkan bantuan pakar kerana keadaan murung yang dialaminya mungkin mempengaruhi kesihatan mentalnya.

#ApaKataOhmedia

Kehilangan insan tersayang bukan perkara mudah, terutama bagi seorang anak yang masih dalam fasa membesar. Jika anda atau orang sekeliling mengalami tanda-tanda kemurungan, jangan segan untuk mendapatkan bantuan profesional. Mental dan emosi yang sihat sama penting dengan kesihatan fizikal!


Scroll to Top