MCMC keluarkan Soalan Lazim babit kes 3R penyampai radio

MCMC keluarkan Soalan Lazim babit kes 3R penyampai radio

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan senarai Soalan Lazim (FAQ) bagi menjelaskan tindakan yang diambil dalam terhadap kes menyentuh sensitiviti agama, raja, dan kaum (3R) membabitkan Maestra Broadcast Sdn Bhd.

MCMC keluarkan Soalan Lazim

Menurut laporan Bernama, berdasarkan FAQ itu, pengurusan tertinggi syarikat tersebut telah dipanggil untuk memberikan penjelasan dan dinasihatkan agar mengetatkan kawalan kandungan serta memastikan pematuhan garis panduan ditetapkan.

Syarikat itu juga diingatkan untuk menyediakan latihan berterusan kepada kakitangan bagi mengelakkan pelanggaran undang-undang.

“Setelah mengambil kira bahawa kandungan tersebut melibatkan kepentingan awam dan menimbulkan ketidaktenteraman antara kaum dan agama, kompaun sebanyak RM250,000 telah dikenakan terhadap syarikat berkenaan,” kata MCMC hari ini.
Soalan Lazim

Foto: Media sosial

MCMC memaklumkan, di bawah pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, hukuman maksimum bagi kesalahan berkaitan adalah denda RM500,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Soalan Lazim berhubung lesen tidak digantung

Berdasarkan siasatan, kandungan video yang didakwa menghina agama Hindu telah dimuat naik di platform rasmi TikTok ‘era.je’ yang dioperasikan oleh Maestra Broadcast Sdn Bhd.

Artikel lain: Tiada penggantungan lesen, Era FM dikenakan kompaun RM250,000 – MCMC

Selepas meneliti kes tersebut, Jabatan Peguam Negara memutuskan agar syarikat itu dikenakan kompaun sebagai tindakan sewajarnya,” ujarnya.

Berhubung isu penggantungan lesen, MCMC menjelaskan bahawa keputusan untuk tidak menggantung operasi Maestra Broadcast Sdn Bhd dibuat setelah mempertimbangkan pelbagai faktor, termasuk penghujahan bertulis yang dikemukakan oleh syarikat serta tindakan pembetulan segera seperti permohonan maaf secara terbuka.

Soalan Lazim

Foto: Malay Mail

Perbezaan kompaun kes hina agama

Dalam FAQ sama, MCMC turut menjelaskan perbezaan jumlah kompaun dikenakan terhadap syarikat berkenaan berbanding dua individu lain, Harith Iskander dan Cecelia Yap yang memuat naik kandungan serta komen jelik mengenai agama Islam di Facebook sebelum ini.

Kedua-dua individu tersebut dikompaun RM10,000 kerana tertakluk kepada peruntukan sebelum pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.

Ketika itu, hukuman maksimum yang boleh dikenakan adalah denda RM50,000 atau penjara hingga setahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Bernama

Scroll to Top