Aisar Khaled Kantoi Buat Muka ‘Fed Up’, Rimas Dikerumuni Peminat Wanita Di Indonesia? | Oh! Media

Aisar Khaled Kantoi Buat Muka ‘Fed Up’, Rimas Dikerumuni Peminat Wanita Di Indonesia? | Oh! Media

Pempengaruh sensasi, Aisar Khaled, sebelum ini berjaya menembusi pasaran Indonesia dan menjadi kegilaan ramai di sana.

BACA: (Video) Siap Salam Cium Tangan, Aisar Khaled Diserbu Peminat Indonesia Selepas Solat

Setiap kali lawatannya ke Indonesia, Aisar disambut meriah oleh peminat tanpa mengira usia. Namun, baru-baru ini, sebuah video tular memaparkan situasi yang agak mengejutkan.

Aisar rimas dikerumuni wanita tak jaga batas?

Video itu dimuat naik seorang wanita dari Batam, Indonesia menunjukkan Aisar dikerumuni oleh ramai wanita.

Video tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan dan menjadi perbualan hangat netizen Malaysia. Dalam video itu, Aisar kelihatan menghulurkan minuman kepada orang ramai yang hadir.

Namun, yang mencuri perhatian adalah tindakan para wanita yang mengambil kesempatan memegang tangan dan bahagian badan Aisar. Reaksi dan bahasa tubuh Aisar jelas menunjukkan rasa kurang selesa, seolah-olah rimas dan malas melayan situasi tersebut.

Netizen Indonesia ditegur

aisar khaled

Ruangan komen video tersebut dibanjiri oleh netizen Malaysia yang menyuarakan pendapat mereka. Ramai yang beranggapan Aisar mungkin merasa rimas dengan sikap peminat di sana yang dianggap berlebihan dan tidak menjaga batas.

Ada juga yang menyindir tindakan wanita-wanita tersebut yang seolah-olah tidak memberikan privasi dan seperti tidak pernah melihat lelaki.

#ApaKataOhmedia

Kepada peminat di luar sana, ingatlah untuk sentiasa menjaga batas dan menghormati privasi individu, terutamanya selebriti.

Walaupun rasa teruja, hormati ruang peribadi mereka agar hubungan antara peminat dan idola kekal positif.


Scroll to Top