Kontroversi yang melibatkan tiga penyampai Era FM, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin nampaknya masih belum menemui titik noktah.
Walaupun siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah selesai, Astro Radio mengambil langkah lebih berhati-hati dengan terus merehatkan mereka buat sementara waktu.
Lesen tidak digantung tapi pemantauan kan lebih ketat!

Menurut Ketua Strategi Astro Radio, Rizal Sahimy, keputusan ini dibuat bagi meredakan keadaan dan memastikan insiden yang sama tidak berulang.
Buat masa ini, mereka masih lagi direhatkan bagi meredakan tekanan memandangkan isu masih panas.- Katanya.
Walaupun Astro Radio terselamat daripada penggantungan lesen, mereka tetap dikenakan pemantauan ketat dan siasatan dalaman masih diteruskan.
SOP sudah ada, kita hanya ikut yang sedia ada. Penyampai pun sudah menyesali perbuatan dan mohon maaf secara terbuka, jadi kami tahu mereka tertekan.- Tambah Rizal.
Namun, pemantauan akan diperketatkan untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang pada masa akan datang.
Astro kena kompaun RM250,000!

BACA: PM, Anwar Ibrahim Bersemuka Dengan Penyampai Radio ERA FM
Akibat daripada insiden ini, Maestra Broadcast Network System Sdn Bhd, yang mengendalikan Astro Radio, dikenakanĀ kompaun RM250,000.
Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas satu video yang memperlihatkan tiga penyampai tersebut didakwa mempersendakan upacara agama lain tular di media sosial.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, kemudiannya mengarahkan MCMC menjalankan siasatan pada 4 Mac lalu.
#ApaKataOhmedia
Kes ini jadi pengajaran besar buat semua yang terlibat dalam dunia penyiaran. Sensitiviti agama dan kaum bukan perkara yang boleh dibuat main. Semoga kejadian ini membuka mata semua pihak untuk lebih berhati-hati selepas ini!
