Kaherah: Pusingan baharu rundingan gencatan senjata di Gaza bermula pada 11 Mac di Doha, Qatar, dengan Palestin menghampiri rundingan itu secara positif dan bertanggungjawab.
“Pusingan baharu rundingan gencatan senjata bermula hari ini.
“Pergerakan kami menangani rundingan ini secara positif dan bertanggungjawab,” kata pegawai kanan Hamas, Abdul Rahman Shadid dalam satu kenyataan.
Israel juga menghantar satu pasukan perunding untuk rundingan yang bertujuan melanjutkan gencatan senjata rapuh di Gaza, namun tidak mengulas lanjut mengenainya setakat ini.
“Kami berharap pusingan rundingan semasa membawa kepada kemajuan ketara ke arah memulakan fasa kedua,” Abdul Rahman.
Abdul Rahman juga menyatakan harapan bahawa utusan Amerika Syarikat (AS) Timur Tengah Steve Witkoff akan membantu memulakan rundingan untuk fasa kedua perjanjian gencatan senjata.
“Pentadbiran AS memikul tanggungjawab kerana sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan (Israel) yang menduduki,” katanya
Fasa pertama perjanjian gencatan senjata selama 42 hari, tamat pada awal Mac tanpa persetujuan pada peringkat berikutnya.
Hamas mahu berunding untuk fasa seterusnya, manakala Israel mahu pelanjutan fasa pertama.
Menjelang pusingan rundingan semasa, Israel menghentikan bekalan elektrik ke satu-satunya loji penyahgaraman Gaza, satu langkah yang dikecam Hamas sebagai pemerasan murah dan tidak boleh diterima”
Israel turut menghentikan penghantaran bantuan ke Gaza di tengah-tengah kebuntuan mengenai gencatan senjata.
© New Straits Times Press (M) Bhd