Pelakon, Fazlina Ahmad Daud mencuri perhatian ramai selepas terpaksa meminum air basuhan kaki dan mencium kaki aktor Faizal Hussein dalam babak drama kontroversi Bidaah.
Menurut laporan Kosmo, Fazlina tetap melakonkan babak itu dengan sekali ‘take’ sahaja demi menjayakan wataknya walaupun sangat mencabar dan menjijikkan.
Memang tiada tapisan, saya memang minum (air basuhan kaki) dan cium kaki. Memang terseksalah. Tetapi saya berjaya melakukan sekali sahaja kerana sudah dalam karakter.
Fazlina Ahmad Daud fahami pengorbanan mangsa ajaran sesat

Sebelum penggambaran, Fazlina sendiri tidak memahami bagaimana ada individu yang begitu taksub dengan pemimpin ajaran sesat.
Tapi selepas mendalami watak Kalsum, barulah dia dapat merasai penderitaan sebenar yang dialami mangsa.
Dari bawah saya melihat Faizal seperti figura yang begitu besar. Selepas itu, barulah saya faham kenapa mereka (mangsa) menjadi begitu. Terus saya simpati terhadap mereka.
Cabaran berat, lakonan sebagai satu ibadah

Menurut Fazlina, wataknya dalam Bidaah benar-benar di luar zon selesa dan seluruh pelakon merasakan penghayatan watak yang sangat berat.
Dia juga menganggap drama ini sebagai satu bentuk dakwah untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya ajaran sesat.
Masing-masing mempunyai cerita tersendiri dan kami semua melakukannya kerana ini adalah ibadah. Mungkin daripada cerita ini, orang ramai tidak akan terjerumus dalam ajaran sesat.
#ApaKataOhmedia
Ajaran sesat sering menjerat pengikut dengan pengaruh, manipulasi emosi, dan ketaksuban melampau. Jangan mudah terpedaya dengan ajaran yang bercanggah dengan nilai agama dan akal. Semak dahulu sebelum mempercayai sesuatu!
