Tinggalkan Malaysia, Ben Amir Menetap Di Pulau Siargao Filipina

Tinggalkan Malaysia, Ben Amir Menetap Di Pulau Siargao Filipina

Lama rasanya tak dengar cerita mengenai pelakon Ben Amir. Rupanya, Ben Amir memberitahu dia telah memulakan baru di sebuah pulau di Filipina.

Menerusi satu perkongsian di YouTube miliknya, Ben berkata dia mengambil keputusan besar untuk meninggalkan kehidupan di bandar dan mulakan hidup baru di sebuah pulau bernama Siargao.

BACA: “Sibuk Nak Haramkan Macam Tiada Otak, Ini Anjing ‘Pengawal’” – Ben Amir

“Saya ambil keputusan besar untuk tinggalkan kehidupan bandar dan mulakan hidup baru di sebuah pulau bernama Siargao,” katanya.

Pelakon berusia 35 tahun itu juga berkongsikan mengenai perancangannya untuk membina rumah serta memulakan perniagaan disana tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Ben berkata buat masa ini dia sedang biasakan diri dengan kehidupan di pulau serta mempelajari budaya di sana.

“Tapi sekarang saya nak biasakan diri dengan kehidupan pulau. Berkenalan dengan orang baru, belajar budaya warga Filipina dan adab mereka.

“Saya memulakan hidup baru di sini, membina impian saya dari bawah. Sekarang, saya sedang menyiapkan rumah, vila, perniagaan dan tak lama lagi saya akan mula usahakan ladang kecil saya sendiri,” katanya.

Terdahulu, Ben pernah memuat naik hantaran seolah memberi bayangan mahu berhijrah ke tempat lain berdekatan dengan pantai.

SUMBER: Xtra


Scroll to Top