Su Yin-Pang Ron beri tentangan sebelum tewas

Su Yin-Pang Ron beri tentangan sebelum tewas

[DIKEMAS KINI] IMPIAN Cheng Su Yin untuk membuat penampilan sulung dalam Seluruh England di Utilita Arena, Birmingham berjaya direalisasikan pemain muda beregu campuran negara itu.

Bagaimanapun cabaran Su Yin bersama gandingannya Hoo Pang Ron berakhir pada pusingan pertama setelah tewas kepada wakil Korea Selatan, Ki Dong-ju-Jeong Na-eun, 17-21, 18-21 dalam masa 36 minit

Su Yin, yang baru pulih dari kecederaan buku lali di Orleans Masters minggu lalu, sebelum itu mendapat tunjuk ajar Kenneth Jonassen menunjukkan keazaman tinggi pada penampilan sulungnya dalam kejuaraan Super 1000 berkenaan.

Biarpun bergelut, Su Yin mengetepikan kesakitan sebaliknya memberikan tentangan sengit kepada Dong-ju- Na-eun untuk kembali dalam permainan pada set kedua.

“Sedikit tidak selesa, tapi jika saya kata mahu bermain, saya akan berikan yang terbaik,” kata Su Yin

Keazaman pemain berusia 22 tahun untuk beraksi di pentas berprestij ini wajar diuji apabila menunjukkan semangat juang tinggi demi negara.

Scroll to Top