Peguam Senarai 5 Alasan Perlu MCMC Pertimbang Apabila Stesen Radio Era Didenda RM250k! | Oh! Media

Peguam Senarai 5 Alasan Perlu MCMC Pertimbang Apabila Stesen Radio Era Didenda RM250k! | Oh! Media

Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan kompaun RM250,000 ke atas stesen radio ERA mencetuskan perbincangan hangat. 

Ramai pihak, termasuk netizen dan peguam, Mahmud Jumaat memohon agar keputusan itu dikaji semula.

Mahmud berpendapat bahawa isu ini berpunca daripada salah faham, dan hukuman yang dikenakan dianggap terlalu berat jika dibandingkan dengan kes-kes lain sebelum ini.

5 alasan kenapa hukuman ini perlu dipertimbangkan

DJ ERA sudah memohon maaf secara terbuka

Para penyampai radio turun sendiri ke tempat ibadat penganut Hindu untuk meminta maaf atas sebarang salah faham yang timbul.

    Tiada niat menghina mana-mana agama

    Klip yang tular dipercayai telah dipotong dan dimanipulasi sehingga menimbulkan kekeliruan.

    Denda terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kes lain

    Dalam kes lain seperti melibatkan Harith Iskander dan Cecilia Yap, mereka hanya dikenakan kompaun RM10,000 seorang.

    Keputusan dikeluarkan terlalu cepat

    Ada yang berpendapat keputusan ini dibuat terlalu tergesa-gesa tanpa mempertimbangkan semua aspek.

    Kompaun hampir setengah daripada had maksimum

    Menurut pindaan undang-undang Februari 2025, had denda maksimum ialah RM500,000, jadi ramai beranggapan denda RM250,000 adalah tidak munasabah untuk kes ini.

    Netizen berpendapat beri amaran sudah cukup!

    Sebahagian netizen mencadangkan bahawa lebih baik jika MCMC hanya memberikan amaran kepada pihak ERA dan bukan terus mengenakan kompaun yang tinggi.

    Selain itu, pihak pengendali stesen radio juga boleh membawa kes ini ke Mahkamah untuk pembelaan dan mengemukakan rayuan kepada Jabatan Peguam Negara

    #ApaKataOhmedia

    Dalam era digital ini, semua pihak perlu lebih berhati-hati dalam menyampaikan kandungan, agar tidak timbul salah faham yang boleh mengundang kontroversi.


Scroll to Top