ERA FM Terselamat! MCMC Tak Gantung Lesen, Tapi Ada Denda RM250,000 | Oh! Media

ERA FM Terselamat! MCMC Tak Gantung Lesen, Tapi Ada Denda RM250,000 | Oh! Media

Kecoh baru-baru ini bila timbul isu mengenai penggantungan lesen stesen radio popular Era FM oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

BACA: ERA FM Berdepan Penggantungan Lesen? MCMC Keluarkan Notis Susulan Isu Hina Agama

Namun, selepas rayuan dibuat oleh Maestra Broadcast Sdn Bhd, keputusan akhirnya berpihak kepada mereka apabila MCMC menarik balik niat menggantung lesen tersebut.

Tak jadi gantung lesen, tapi ada hukuman lain

Jelasnya, keputusan dibuat selepas MCMC meneliti hujah rayuan yang dibuat Maestra Broadcast Sdn Bhd. Antara faktor yang menjadi pertimbangan adalah tindakan susulan yang dibuat syarikat pemegang lesen, permohonan maaf oleh pihak terbabit serta kesan pergantungan lesen kepada stesen radio di bawah syarikat sama.

astro

Namun Maestra Broadcast Sdn Bhd tetap dikenakan kompaun sebanyak RM250,000 atas kesalahan memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM.

Hukuman ini dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selepas mendapat kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara.


Scroll to Top