Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan sembilan negeri yang dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang.
Menurut laporanĀ Berita Harian, antara negeri yang terlibat ialah Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Kelantan, Pahang, Johor dan Sabah.
Daerah yang dijangka terjejas oleh MetMalaysia

Menurut MetMalaysia, kawasan yang berisiko mengalami ribut petir dan hujan lebat termasuk:
- Selangor: Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat
- Kedah: Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling
- Pulau Pinang & Terengganu: Seluruh negeri
- Perak: Hulu Perak, Batang Padang
- Kelantan: Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai
- Pahang: Bentong, Kuantan, Pekan, Rompin
- Johor: Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Johor Bahru
- Sabah: Kudat, Pitas
Berlarutan sehingga petang

Menurut kenyataan MetMalaysia, keadaan cuaca buruk ini dijangka berlarutan sehingga jam 2 petang. Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengelakkan aktiviti luar buat sementara waktu.
#ApaKataOhmedia
Bagi mereka yang tinggal di kawasan berisiko, elakkan berada di tempat terbuka atau berhampiran pokok tinggi ketika ribut petir. Sentiasa peka dengan perkembangan cuaca dan patuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
