London: Joshua Zirkzee diberitahu bahawa dia diketepikan daripada skuad Belanda oleh Ronald Koeman kerana dia dianggap tidak cukup bagus.
Pemain berusia 23 tahun itu menghadapi musim pertama yang sukar di Old Trafford selepas perpindahannya dari Bologna pada musim panas lalu.
United dilaporkan bersedia berpisah dengan penyerang itu pada Januari lalu, tetapi Zirkzee bekerja keras untuk memulihkan reputasinya selepas dia dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika kekalahan kepada Newcastle Disember lalu.
Zirkzee menunjukkan perubahan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tetapi itu masih belum cukup meyakinkan Koeman bahawa dia layak mendapat tempat dalam skuadnya walaupun terdapat kekurangan pemain di posisi penyerang.
“Dia tidak ada dalam senarai awal kerana saya rasa dia tidak cukup baik pada masa ini,” jelas Koeman dengan jujur.
“Terutama dalam aspek pengimbasan ketika berpusing atau membuat hantaran yang sering tidak menjadi. Ya, pada dasarnya kecergasan sentiasa menjadi keutamaan, tetapi itu tidak selalu.”
“Kami mempunyai banyak pemain pertahanan tengah dan tengah, tetapi kami agak terhad di bahagian serangan.”
“Namun begitu, saya tetap berpendapat bahawa anda perlu layak untuk dipilih dan saya rasa dia tidak layak pada masa ini, tetapi mungkin itu boleh berubah pada masa hadapan.”
Bagi Koeman, Zirkzee tidak banyak memberi petunjuk bahawa dia akan dirindui oleh Belanda dalam kelayakan Piala Dunia yang akan datang selepas persembahan yang tidak menentu ketika berdepan Arsenal Ahad lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd