Siapa sangka, pengalaman bersalin yang biasanya penuh dengan kesakitan, bertukar jadi momen indah buat personaliti media sosial, Umisya Mazlan.
Baru-baru ini, Umisya berkongsi rasa syukur selepas selamat melahirkan anak ketiga tanpa rasa sakit, membuatkan ramai teruja dan kagum.
Proses bersalin tanpa sakit, Umisya syukur dipermudahkanNya…
Menurut Umisya, dia pada mulanya hanya pergi ke klinik untuk pemeriksaan biasa. Namun, doktor memaklumkan bahawa bukaan sudah terbuka seluas 6cm.
Saya tiada rasa sakit apa-apa langsung ketika itu.- Katanya.
Umisya turut berterima kasih dan meluahkan rasa syukur kerana Allah mempermudahkan urusan bersalinnya.
Netizen harap Aslam hargai pengorbanan isteri…
Meninjau ruangan komen, ramai netizen menzahirkan ucapan tahniah dan menitipkan pesanan buat Aslam agar lebih menghargai pengorbanan Umisya sebagai isteri yang telah tiga kali melahirkan zuriat mereka.
Ada juga yang memuji ketabahan Umisya sepanjang kehamilan dan berharap Aslam terus menjadi suami yang penyayang serta bertanggungjawab.


#ApaKataOhmedia
Tahniah buat Umisya dan Aslam! Memang jarang dengar pengalaman bersalin tanpa sakit, memang rezeki Umisya kali ini. Semoga Aslam lebih menghargai pengorbanan isteri lepas ni. Apa-apa pun, moga keluarga kecil mereka terus bahagia dan diberkati.
