Pernah berdepan kegagalan rumah tangga sebelum ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkata dia akan lebih berjaga-jaga dalam perhubungan jika bercinta lagi.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok ketika mempromosikan produk kecantikannya, Bella berkata dia akan setia pada orang yang tepat.
BACA: “Tak Tau Pulak Dia Panggil ‘Dad, Saya Tak Dengar” – Bella Astillah
“Kenapa letak kod ‘loyal’ di gincu ini..sebab setia. Tapi setialah pada orang yang tepat.
“Kali ini saya akan lebih berhati-hati, kita setia pada orang yang tepat,” katanya.
Perkongsian pelakon itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen bersetuju dengan kenyataannya itu.
Tambah netizen lagi, ada yang mengharap agar Bella mendapat kesetiaan yang diharapkan serta bertemu dengan orang yang tepat.