
Aang (kiri) dan pihak berkuasa membawa jasad isteri dan anaknya yang ditemukan maut dalam keadaan berpelukan selepas terperangkap dalam banjir di Sukabumi baru-baru ini. – Foto: Agensi
SUKABUMI – Seorang lelaki yang dikenali sebagai Aang menerima kecaman daripada penduduk Sukabumi, Jawa Barat kerana disifatkan sebagai tidak ‘mempunyai perasaan’ selepas mengetahui tentang kematian isteri dan anaknya.
Media tempatan melaporkan, lelaki itu tetap tenang berniaga di gerainya ketika isteri dan anaknya ditemukan maut dalam keadaan berpelukan selepas terperangkap dalam banjir di Sukabumi baru-baru ini.
Malah video yang tular menunjukkan raut wajahnya yang langsung tidak menunjukkan kesedihan atas kehilangan isteri dan anaknya dalam tragedi tersebut.
Seorang lelaki yang tidak dikenali turut memarahi Aang dengan kata-kata kasar dalam video berkenaan.
Pada Khamis lalu, jasad Santi Alias Zahra, 40, bersama anaknya, Nurul, 3,ditemukan dalam keadaan berpelukan selepas dihanyutkan banjir kilat di Kampung Gumelar, Sukabumi. – Agensi