Pelawak terkenal, Along Cham nampaknya nekad untuk bongkar sebab sebenar dia memfailkan lafaz taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.
Dengan harapan kemelut rumah tangga mereka segera berakhir, Along memilih untuk berkongsi punca itu hanya di mahkamah.
Ada pendedahan yang akan saya buat sebab dia langgar taklik. Saya hanya akan bercakap di dalam mahkamah.- Katanya.
Along Cham hadir mahkamah bersama ibuā¦

Along dilihat hadir di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor sekitar pukul 10.20 pagi Isnin, ditemani ibunya, Siti Habsah Kadir. Sementara itu, Afreena atau lebih mesra dipanggil Feena tiba kira-kira 15 minit kemudian dengan memandu sendiri.
Apa yang berlaku ini turut mengejutkan ramai pihak selepas Along muncul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 28 Januari lalu untuk memfailkan lafaz taklik terhadap isterinya.
Along Cham dedah sudah buat rujuk batinā¦

Memang ada lafaz yang telah pun berlaku sebab ada beberapa perkara yang terjadi dan kami memang baru sangat kahwin pada ketika itu.
Kemudian kami lakukan rujuk batin. Selepas itu dia pujuk saya dan berjanji untuk berubah dan saya bagi dia peluang sebab saya bukan berkahwin untuk bercerai.
Tetapi kesalahan itu berlaku, berlaku, dan berlaku sehinggalah saya buat lafaz taklik.
Namun, urusan tersebut terpaksa dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang memandangkan alamat kediaman mereka berada dalam daerah berkenaan.
Untuk rekod, Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024. Ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka berdua.
