Davies tuntut rakan sepasukan waspada ancaman Suphanat Muenta

Davies tuntut rakan sepasukan waspada ancaman Suphanat Muenta

PEMAIN pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies mengingatkan rakan sepasukan agar berwaspada dengan ancaman penyerang muda sensasi Buriram United, Suphanat Mueanta menjelang aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa ini.

Menurut Davies, pemain berusia 22 tahun itu memiliki kepantasan dan teknik tinggi yang mampu mengucar-ngacirkan benteng pertahanan JDT jika tidak dikawal rapi.

“Bagi saya, Suphanat seorang pemain yang lincah dan sukar dijangka. Dia bukan sahaja pantas, tetapi juga bijak mencari ruang serta mampu muncul di mana-mana posisi serangan.

“Itu yang menjadikannya ancaman besar buat kami,” katanya.

Bagaimanapun, Davies optimis JDT sudah bersedia dengan strategi tersendiri untuk menyekat pergerakan pemain muda Thailand itu.

“Kami telah mengkaji corak permainannya dan tahu apa yang perlu dilakukan. Bermain di tempat sendiri di hadapan 35,000 penyokong pasti memberi kelebihan kepada kami.

“Jadi, kami akan memastikan disiplin pertahanan kekal kukuh sepanjang 90 minit,” katanya.

PEMAIN pertahanan berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies mengingatkan rakan-rakan sepasukan agar sentiasa berwaspada dengan ancaman daripada penyerang muda sensasi, Buriram United, Suphanat Mueanta pada aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, pada Selasa.

Menurut Davies, dia mengakui keupayaan pemain berusia 22 tahun itu yang dilihat bakal memberikan ancaman besar kepada skuad Harimau Selatan itu sekiraya dibiarkan bergerak bebas dalam kawasan JDT.

“Bagi saya, Suphanat seorang pemain yang lincah dan sukar dijangka, ini boleh dilihat terutamanya dengan kebolehannya bergerak bebas di bahagian serangan.

“Suphanat juga merupakan pemain yang sangat berbahaya. Dia bukan sahaja pantas dan memiliki teknik hebat, tetapi juga bijak mencari ruang.

“Dia boleh muncul di mana-mana; di sayap kanan, kiri, atau tiba-tiba di tengah. Itu menjadikannya ancaman besar buat kami,” katanya.

Sementara itu, Davies berkata, dia tetap yakin pasukannya sudah bersedia dengan strategi khusus untuk mengekang pergerakan bintang muda Thailand itu.

“Kami sudah mengkaji corak permainannya dan tahu apa yang perlu dilakukan. Bermain di tempat sendiri di hadapan 35,000 penyokong pasti memberi kami kelebihan.

“Oleh itu, kami juga akan memastikan disiplin pertahanan kekal kukuh sepanjang 90 minit,” tambahnya.

Scroll to Top