Wanita Sumber Kekuatan, PM Jadikan Ibu & Isteri Tulang Belakang Perjuangannya – Hijabista

Wanita Sumber Kekuatan, PM Jadikan Ibu & Isteri Tulang Belakang Perjuangannya – Hijabista

Selemah-lemah wanita merekalah sumber kekuatan lelaki, seperti PM yang menjadikan arwah ibu dan isteri sebagai tulang belakang perjuangannya.

Bercakap sempena majlis sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, pada Sabtu di ibu negara, luahan Perdana Menteri Malaysia ini menyentuh hati.

Tarikh 8 Mac setiap tahun bukan sekadar untuk meraikan wanita, tetapi hari ini adalah bukti bahawa pemerkasaan wanita adalah salah satu agenda Kerajaan MADANI yang diberi fokus utama kerana sumbangan wanita dalam membentuk masa depan masyarakat amat besar dan penting.

Wanita Sumber Kekuatan, PM Jadikan Ibu & Isteri Tulang Belakang PerjuangannyaWanita Sumber Kekuatan, PM Jadikan Ibu & Isteri Tulang Belakang Perjuangannya
Facebook KPWKM

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (SHWA) pada tahun ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menekankan mengenai kepentingan pembangunan keluarga dalam kehidupan seharian. Ia tidak harus dipinggirkan, kerana setiap kejayaan yang ditempa bermula dari institusi keluarga yang berpaksikan wanita sebagai inspirasi dalam membina legasi.

Namun paling mengharukan apabila Perdana Menteri berkongsi tentang dua wanita terpenting dalam hidupnya iaitu ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, dan isteri tercinta, Azizah yang menjadi tulang belakang, sumber kekuatan dalam menuntut keadilan dan meneruskan perjuangan demi rakyat.

“Kalau mahu kita bangunkan negara, kita harus bangunkan keluarga. Maknanya kita mulakan membangun keluarga itu dengan memperkasa wanita sebagai ibu dan pendidik yang meletakkan asas bagi pembinaan generasi. Semua kita yang berhasil kerana didikan tentunya ibu bapa tetapi lebih ramai yang mengatakan pengaruh dan peranan ibu.

Wanita Sumber Kekuatan, PM Jadikan Ibu & Isteri Tulang Belakang PerjuangannyaWanita Sumber Kekuatan, PM Jadikan Ibu & Isteri Tulang Belakang Perjuangannya

Wanita Sumber Kekuatan, PM Jadikan Ibu & Isteri Tulang Belakang PerjuangannyaWanita Sumber Kekuatan, PM Jadikan Ibu & Isteri Tulang Belakang Perjuangannya

Saya termasuk, kerana ibu saya almarhum Puan Che Yan Hamid Hussein di antara yang telah membentuk, mendidik, menunjukkan kasih sayang, erti kehidupan, erti kemanusiaan, erti ehsan, didikan agama dan nilai. Oleh sebab itu, soal pembangunan keluarga itu tidak harus dipinggirkan.

Tentunya bila kita dewasa, berumah tangga bagi saya Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah) menjadi pendamping dan kadang-kadang banyak sangat nasihat tetapi membantu,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh.

Beliau turut meluncurkan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025-2030 yang merupakan usaha wajar dalam mendepani masa depan pemerkasaan wanita dalam negara.

Wanita Sumber Kekuatan, PM Jadikan Ibu & Isteri Tulang Belakang PerjuangannyaWanita Sumber Kekuatan, PM Jadikan Ibu & Isteri Tulang Belakang Perjuangannya
Facebook KPWKM

“Hari ini, kita meraikan keberanian, pengorbanan, dan peranan luar biasa wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih adil dan sejahtera.

Semoga kita terus memperjuangkan hak dan martabat wanita, memastikan mereka diberi ruang dan peluang yang saksama dalam semua aspek kehidupan,” akhirinya.

Sokongan orang ramai terhadap SHWA 2025 ini juga diterjemahkan melalui kehadiran mereka ke program hari ini yang menyajikan pelbagai pengisian menarik antaranya Bual Bicara Wanita, Pelancaran Setem Hari Wanita Antarabangsa 2025, Pameran Agensi Kerajaan dan Rakan Strategik, Demo Pertahanan Diri dan banyak lagi.

Majlis hari ini turut menyaksikan penyampaian Anugerah KASIH Wanita Bakti, Anugerah KASIH Wanita Cekal, Anugerah KASIH Wanita Harmoni dan Anugerah KASIH Wanita Komuniti kepada empat wanita hebat atas sumbangan dan usaha yang mereka lakukan bagi membantu memperkasa wanita dan sebagai tanda pengiktirafan kepada kejayaan mereka.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Menteri-menteri Kabinet, Ketua Jabatan dan Agensi serta warga Kementerian dan agensi yang terlibat.

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/dapat-rezeki-jaga-ibu-betty-rahmad-bahagia-jaga-che-semah-buat-kelas-usrah-di-rumah/

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

Scroll to Top