“Berapa sebenarnya lafaz taklik yang nak disahkan hari ini? Dakwaan ini sepatutnya kena dibuat dengan teratur”.
Demikian keputusan Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi ketika sebutan kes pengesahan taklik membabitkan pelakon dan pelawak, Along Cham terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.
Prosiding yang berlangsung di Mahkamah Syariah Rendah Sepang, pada Isnin itu ditangguhkan pada 8 Mei depan susulan kekeliruan mengisi borang permohonan berkenaan butiran taklik dilafazkan yang memerlukan plaintif (Along) membuat pindaan dalam dokumen tuntutan.
Selain itu, Along juga perlu mendapatkan khidmat peguam untuk mewakilinya.
Memetik laporan Kosmo, Muhamad Nazri memaklumkan, dakwaan yang dikemukakan haruslah dibuat dengan teratur mengikut proses dan tanpa huru hara.
“Dakwaan ini sepatutnya kena dibuat dengan teratur. Nyatakan lafaz pertama bila termasuk rujuk atau tidak.
“Minta betulkan dokumen. Berapa sebenarnya lafaz yang nak disahkan hari ini?
“Datang semula ke mahkamah. Boleh bicara tanpa huru-hara kena ikut proses betul-betul, lantik peguam,” katanya.
Dalam pada itu, pihak defendan (Afreena) juga dibenarkan untuk mengajukan pembelaan pada prodising akan datang.
Terdahulu, Along hadir ke mahkamah bagi pengesahan lafaz taklik bersama ibu dan adiknya.
Manakala, Afreena pula hadir ditemani peguam, ibu bapanya dan rakan keluarga yang menjadi saksi perkahwinan mereka.
Untuk rekod, pada 28 Januari, Along atau nama penuhnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, mahu memfailkan lafaz taklik selepas mendakwa isterinya itu melanggar tiga perkara yang dieprsetujui termasuklah membelakangkan suami.
Sekadar info, ini adalah perkahwinan kedua Along selepas mendirikan rumah tangga bersama Zila Saeron pada September 2016.
Hasil perkawinan pertamanya itu, Along dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.
Sumber: Kosmo