Pemandu Mercedes, Warga Emas Ditahan Memandu Bahaya

Pemandu Mercedes, Warga Emas Ditahan Memandu Bahaya

Banyak betul kes pemandu gila sekarang ni. Terbaru, seorang pemandu Mercedes Benz akhirnya dicekup polis kurang 24 jam selepas memandu secara bahaya di Jalan Sri Bengkal-Parit Yaani.

Lelaki warga emas berusia 65 tahun itu ditahan di Taman Cemerlang oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat.

Ditahan tanpa rekod lampauā€¦

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, suspek ditahan pada jam 4.10 petang. Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu bebas daripada dadah dan tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Siasatan awal polis kejadian berlaku pada jam 8.19 pagi semalam, ketika lelaki itu dalam perjalanan dari Parit Yaani menghala ke Sri Medan.- Katanya.

Sebelum ni, tersebar video menunjukkan pemandu Mercedes Benz memandu secara melulu sehingga hampir meragut nyawa pemandu sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Siasatan di bawah seksyen 42 (1) akta pengangkutan jalanā€¦

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda hingga RM15,000.

Jika sabit kesalahan, suspek juga boleh hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun.

#ApaKataOhmedia

Pemanduan berbahaya bukan perkara main-main. Kes ini harapnya jadi pengajaran untuk semua supaya lebih berdisiplin di jalan raya. Nyawa bukan perkara yang boleh dipertaruhkan hanya sebab nak tunjuk hebat di atas jalan. Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas supaya pemandu lain lebih berhati-hati!


Scroll to Top