Kakak Pemandu Honda Jazz Terlibat Kemalangan Mohon Maaf

Kakak Pemandu Honda Jazz Terlibat Kemalangan Mohon Maaf

Kecoh di media sosial apabila seorang wanita yang juga kakak kepada pemandu Honda Jazz terlibat dalam kemalangan maut di Senawang memuat naik kenyataan yang mengundang kemarahan ramai.

Namun, selepas menerima kecaman hebat, dia akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia.

Akui kesilapan, mohon maaf secara terbuka…

Dalam satu hantaran di media sosial, wanita dikenali sebagai Nur Athirah Najwa mengakui kesilapannya dalam mengeluarkan komen yang mencetuskan kontroversi dan menyedari bahawa tindakannya dibuat dalam keadaan emosi.

Assalamualaikum, saya Nur Athirah Najwa, kakak kepada pelaku yang terlibat dalam kemalangan di Senawang.

Saya ingin memohon maaf kepada pihak keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia atas posting dan komen yang keterlaluan sehingga membuat semua marah.

Saya sedar saya telah muat naik posting dan komen tersebut dalam keadaan yang emosi. Saya betul-betul minta maaf dan saya menyesal.- Katanya.

Sebelum ini, Nur Athirah mencetuskan kemarahan apabila seolah-olah mempertahankan adiknya yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa dua individu.

Tindakannya mendapat kecaman hebat daripada netizen yang menganggapnya tidak sensitif terhadap keluarga mangsa.

Kemalangan tragis ragut nyawa dua remaja…

Insiden yang berlaku pada Khamis lalu di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Persiaran Senawang 1, Seremban sekitar jam 8.30 malam telah mengakibatkan empat individu cedera parah, termasuk dua beradik lelaki.

Dua mangsa yang menaiki motosikal Modenas Kriss, Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan pemboncengnya, Muhammad Aswari Lotpi, 16, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

BACA: Pemandu Honda Jazz Langgar Lampu Merah Hingga Ragut Nyawa, Rupa-Rupanya Tiada Lesen!

Susulan insiden tersebut, pihak polis mengesahkan bahawa pemandu kereta Honda Jazz yang melanggar lampu isyarat hingga menyebabkan kemalangan maut tidak memiliki lesen memandu.

Kes ini terus menjadi tumpuan ramai yang mendesak tindakan tegas dikenakan terhadap pemandu terbabit.


Scroll to Top