Israel hentikan bekalan elektrik ke Gaza

Israel hentikan bekalan elektrik ke Gaza
Israel hentikan bekalan elektrik ke Gaza

Seorang wanita Palestin menyediakan makanan bagi pihak dapur amal, untuk diagihkan kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal di Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza, sebelum jamuan buka puasa. – Foto AFP

GAZA – Israel menghentikan bekalan elektrik ke Gaza pada Ahad dalam usaha memaksa kumpulan pejuang Palestin membebaskan tebusan.

Anggota biro politik Hamas, Izzat al-Rishq menerusi satu kenyataan mengutuk tindakan Israel itu.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak penjajah (Israel) untuk memutuskan bekalan elektrik ke Gaza, selepas sekian lama menafikan rakyat kami daripada bekalan makanan, ubat-ubatan, dan air.

“Tindakan itu adalah usaha terdesak untuk menekan rakyat kami dan perjuangan mereka melalui taktik pemerasan yang murahan dan tidak boleh diterima,” katanya.

Sementara itu Menteri Tenaga Israel, Eli Cohen, pada Ahad mengeluarkan arahan untuk menghentikan bekalan tersebut seminggu selepas rejim itu menyekat semua bantuan ke wilayah Palestin yang dilanda perang.

“Saya menandatangani perintah untuk menghentikan serta-merta bekalan elektrik ke Semenanjung Gaza,” katanya. – AFP

Scroll to Top