Pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, mengupah tiga pengasuh bagi membantu menjaga anak mereka Imane Lunara.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Intan berkata suaminya berbuat demikian kerana mahu memastikan dia mendapat rehat yang cukup dan boleh menjaga dirinya.
BACA: Ada Pengasuh & Pembantu Rumah, Intan Najuwa Akui Jadi Ibu Cukup Memenatkan
“Luna ada tiga babysitters sekarang dan mereka semua tinggal dengan kami. Sorang tolong siang, sorang malam dan sorang lagi uruskan barang-barang Luna.
“Suami saya yang uruskan semua ini untuk pastikan saya dapat rehat yang cukup dan dapat jaga diri sendiri,” tulisnya.
Sementara itu, pelakon berusia 28 tahun itu menjelaskan dia tidak hanya goyang kaki di rumah dan tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan pengasuh hanyalah membantu melancarkan urusan hariannya.
“Saya tetap menjaga Lunara, mereka sekadar menyokong saya dalam pelbagai perkara,” katanya.
Bukan hanya pembantu, Intan berkata suami turut mendapatkan ururawat khas untuk pastikan Luna sentiasa dalam keadaan baik.
“Berita baik! Tiada lagi ke emergency. Suami saya dapatkan jururawat private untuk tengokkan luna 24 jam. Lega sangat. Suami juga letak vital monitor dekat rumah untuk jururawat check kalau Luna ada apa-apa,” tulisnya.