
Wedding telah didakwa pada bulan Jun lalu atas tuduhan pembunuhan dan jenayah dadah.
LOS ANGELES – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran berjumlah AS$10 juta (RM44.2 juta) bagi sebarang maklumat yang membawa kepada penangkapan bekas pemain sukan Olimpik papan salji Kanada, Ryan Wedding, yang kini dikehendaki atas tuduhan mengendalikan rangkaian pengedaran dadah antarabangsa dan merancang beberapa pembunuhan berkaitan sindiket dadah tersebut.
CNN baru-baru ini melaporkan bahawa, Ryan Wedding, 43, telah disenaraikan dalam senarai 10 orang paling dikehendaki oleh Pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Khamis, bersama-sama pengumuman tawaran hadiah oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.
“Wedding yang dahulunya terkenal dengan kemahiran memecah salji di Olimpik kini beralih kepada pengedaran kokain di jalanan bandar-bandar AS dan juga di tanah kelahirannya, Kanada,” kata Akil Davis, Penolong Pengarah FBI Los Angeles.
Antara nama samaran yang digunakan oleh Wedding, menurut FBI, termasuklah ‘El Jefe’, ‘Public Enemy’, dan ‘James Conrad King’.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran berjumlah AS$10 juta (RM44.2 juta) bagi sebarang maklumat yang membawa kepada penangkapan bekas pemain sukan Olimpik papan salji Kanada, Ryan Wedding, yang kini dikehendaki
Wedding telah didakwa pada bulan Jun lalu atas tuduhan pembunuhan dan jenayah dadah. Dakwaan tersebut diperluaskan pada bulan September dalam satu tuduhan rasmi yang menyatakan bahawa Wedding dan rakan-rakannya telah mengatur penghantaran kira-kira 60 tan kokain setiap tahun, menggunakan trak semi untuk memindahkan dadah antara Colombia, Mexico, California Selatan, dan Kanada.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada bulan Oktober, FBI mengesahkan bahawa seramai dua belas individu telah ditahan berkaitan dengan kes ini.
Pihak berkuasa AS mendakwa bahawa kumpulan ini telah membunuh dua anggota sebuah keluarga di Kanada sebagai pembalasan kerana penghantaran dadah yang dicuri, yang menurut pihak berkuasa Kanada, merupakan kes identiti salah, selain membunuh dua individu lain, menurut pegawai dan dokumen mahkamah persekutuan.
Wedding pernah menduduki tempat ke-24 dalam acara papan salji paralel gergasi slalom pada Sukan Olimpik 2002. – Agensi