“Kini Tersuluh Terang Satu Persatu Siapa Mereka” – Hantaran Fazura Undang Perhatian | Oh! Media

“Kini Tersuluh Terang Satu Persatu Siapa Mereka” – Hantaran Fazura Undang Perhatian | Oh! Media

Selebriti popular, Nur Fazura sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik satu perkongsian penuh makna di Instagram Story miliknya.

BACA: “Saya Tak Maafkan Sepatah Pun Fitnah Dan Cercaan Awak Pada Saya Di Dunia Akhirat” – Fazura

Dalam perkongsian tersebut, aktres jelita ini berkongsi gambar rakannya sedang mengenakan gincu merah, namun apa yang lebih mencuri tumpuan adalah kapsyen yang ditulis.

Makna seorang sahabat bagi Fazura

Beliau berkongsi pandangannya mengenai makna sebenar seorang sahabat. Jelasnya, kawan bukan sekadar ada ketika kita sedang bahagia dan ketawa bersama dalam keadaan yang penuh glamor.

fazura

Tetapi yang benar-benar setia adalah mereka yang tetap berada di sisi saat kita memerlukan sokongan. Katanya, kawan sebenar adalah yang tidak gembira melihat kesedihan yang dialami rakan lain.

Kawan tu bukan sekadar ada ketika kita sedang gembira, boleh beramai-ramai bergelak ketawa dalam keadaan penuh glamour, menyarung busana hebat dan di saat boleh mengenyangkan perut mereka.

Syukur atas kurniaan Allah, tersuluh terang siapa mereka

fazura

Pelakon ini turut menyatakan rasa syukur kepada Allah SWT di atas kurniaan di dalam hidupnya. Kini beliau dapat melihat siapa sahabat sejati yang sebenar.

Tetapi lihatlah definisi seorang kawan hanya ada pada yang setia bersama mu waktu kau pula yang memerlukan mereka – yang tak gembira lihat kesedihanmu. Terima kasih ya Allah atas kurniaan tak ternilai satu persatu yang telah kau kurniakan padaku, kini tersuluh terang satu persatu siapa mereka.

Lebih menarik, Fazura mengaitkan konsep persahabatan dengan makna berpuasa. Baginya, persahabatan sejati adalah seperti berpuasa iaitu sabar menahan dugaan demi kebaikan yang lebih besar, bukannya menghancurkannya hanya untuk kepuasan sementara di tengah hari.

#ApaKataOhmedia

Setuju dengan Fazura. Kawan sejati bukan ada di waktu senang je, kawan sejati mestilah juga ada ketika kita jatuh. Susah nak jumpa kawan sejati zaman sekarang ini kan? Apa pendapat korang pula?


Scroll to Top