“Poligami Bukan Tanda Tak Bersyukur” – Bakal Kahwin Dua, Azlan Komeng Nafi Abaikan Pengorbanan Nur Nilam

“Poligami Bukan Tanda Tak Bersyukur” – Bakal Kahwin Dua, Azlan Komeng Nafi Abaikan Pengorbanan Nur Nilam

Pelakon Azlan Komeng menepis tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dirinya tidak menghargai isteri, Nur Nilam Ortiz, selepas mengambil keputusan untuk berpoligami.

Dalam temu bual bersama Melodi TV3, Azlan, atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran, 48, menegaskan dia tetap menghormati dan menghargai setiap pengorbanan isterinya, terutama ketika dia melalui saat sukar akibat kemalangan.

“Saya tak nafikan banyak kebaikan Nilam buat pada saya ketika saya sakit. Saya tetap bersyukur dia tidak pergi meninggalkan saya.

“Ini bukan pertama kali saya nak berpoligami, cuma perjalanan itu berbeza. Saya tetap berbincang dengan orang rumah, dia masih keutaaman saya.

“Kalau ada syarat dari dia sekalipun, saya dengan senang hati turutkan kalau mampu teruskan,” katanya.

Namun, Azlan enggan terlalu terbuka berkongsi mengenai perihal berkenaan demi menjaga hati kedua-dua belah pihak.

“Saya tak boleh jelas secara terperinci kerana perlu menjaga hati isteri dan bakal isteri saya. Tak ada orang yang dengan senang hati nak berpoligami, ada sebab dan alasan yang benar-benar kuat. Kalau sampai pada waktu nanti, saya akan jelaskan,” ujarnya.

Sebelum ini, Nilam mendedahkan rasa terkilan apabila suaminya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama ‘skandal’ yang dahulunya pernah menggangu keharmonian perkahwinan mereka.

Artikel Berkaitan: Isteri Bongkar Azlan Komeng Hubungi ‘Skandal’, Dakwa Bakal Kahwin Baru? – “Hati Perit Tapi Semuanya Terserah Dia”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Izin Azlan Komeng Berkahwin Dua, Nur Nilam Tetapkan Syarat – “Tak Boleh Duduk Rumah Saya, Usaha Sendiri”

Scroll to Top