
MUHAMMAD AIZUDDIN (kanan) bersama selebriti, Sharifah Shahirah pada majlis perasmian restoran keempat Kay’s Steak & Lobster.
PEMBUKAAN cawangan keempat restoran Kay’s Steak & Lobster di Elmina Temu, Shah Alam membuktikan proses untuk mendapatkan sijil halal tidak sesukar seperti dakwaan sesetengah pihak.
Pemilik yang juga Pengarah Urusannya, Muhammad Aizuddin Mohd Khalid berkata, pihaknya telah mendapatkan sijil halal bagi tiga restoran di Putra Height yang juga merupakan dapur berpusat, Putrajaya serta Ampang dan proses untuk premis keempat itu menjadi lebih mudah.
“Pada awal kita memohon sijil halal, memang mengambil sedikit masa untuk menyediakan semua keperluan yang ditetapkan pihak berautoriti.
“Bagaimanapun selepas itu, proses mendapatkan sijil halal menjadi lebih mudah. Apabila kita membuka premis baharu, kita sudah faham prosesnya dan terus melengkapkan keperluan untuk sijil halal ini,” katanya pada majlis perasmian restoran keempatnya di Elmina, Shah Alam baru-baru ini.
Menurutnya, untuk mendapatkan bahan-bahan halal bagi menu restorannya seperti udang kara dan daging stik juga tidak sukar memandangkan pihaknya mempunyak cef yang berpengetahuan, berpengalaman dan kreatif.
“Alhamdulillah cef kami boleh mempelbagaikan penggunaan bahan-bahan terutamanya yang halal untuk digunakan dalam hidangan,” katanya.

SEMPENA Ramadan, Kay’s Steak & Lobster menyediakan menu istimewa iaitu Nasi lemak lobster berempah dan Nasi lemak rendang ribs.
Di Kay’s Steak & Lobster, udang kara diimport secara hidup dari Boston, Amerika Syarikat dan Kanada manakala daging jenis premium pula diimport dari Australia.
Sempena Ramadan, pihaknya menyediakan menu istimewa Nasi lemak lobster berempah dan Nasi lemak rendang ribs.
Pembaca yang berminat untuk mengetahui menu hidangan atau membuat tempahan, sila layari maklumat lanjut di www.kaysteaklobter.com.