“Tak Perlu Cheap Marketing” – Lagu Raya Fazura Dan Syasya Rizal Raih Pujian Netizen | Oh! Media

“Tak Perlu Cheap Marketing” – Lagu Raya Fazura Dan Syasya Rizal Raih Pujian Netizen | Oh! Media

Selebriti terkenal, Fazura memberi kejutan kepada peminat apabila tampil dengan kolaborasi bersama bekas penyanyi Dolla iaitu Syasya Rizal.

Fazura dan Syasya telah melancarkan lagu raya terbaru mereka bertajuk Raya Pum Pang! Melodi yang catchy membuatkan lagu ini meraih perhatian ramai.

Peminat teruja dengar ‘Raya Pum Pang’

Berbeza dengan lagu-lagu raya klasik yang lebih bernostalgia, ‘Raya Pum Pang’ hadir dengan konsep yang lebih fresh dan santai.

Dengan rentak yang ceria dan lirik yang fun, lagu ni memang sesuai nak dijadikan background muzik untuk video OOTD raya korang nanti tau.

“Tak perlu try hard buat cheap marketing” – Netizen

Di ruangan komen, ramai yang memuji kombinasi suara Fazura dan Syasya Rizal yang serasi. Mereka juga kagum dengan sikap Fazura yang tidak perlukan marketing murahan untuk mengeluarkan lagu.

Melihat kepada sambutan awal ni, tak mustahil ‘Raya Pum Pang’ bakal jadi salah satu lagu raya meletup tahun ni!

Video penuh di Youtube!


Scroll to Top