“Saya Juga Berdarah India” – Pak Azad Minta Maaf, Akui Kesilapan

“Saya Juga Berdarah India” – Pak Azad Minta Maaf, Akui Kesilapan

Penyampai radio, Azad Jazmin atau lebih dikenali sebagai Pak Azad memohon maaf diatas tindakannya bersama beberapa lagi penyampai yang dikatakan menyentuh sensitiviti kaum India.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Azad mengakui kesilapan dilakukan serta menjelaskan bahawa dia berdarah India dan bapanya  berbangsa India yang memeluk agama Islam.

BACA: Netizen Puji Kecantikan Anak Kedua Azad Jazmin, Eira Syazira

“Saya buat video ni khas buat kawan-kawan saya, sahabat-sahabat saya, keluarga, peminat saya yang berbangsa India.  Secara jujurnya, saya juga mempunyai darah India, bapa saya adalah seorang India,” katanya.

Menurut Azad lagi, dia turut ditegur oleh keluarganya susulan tindakannya yang tidak bersesuaian serta berharap agar kesalahan tersebut dapat dimaafkan.

Kata Azad lagi, rakan-rakannya tidak begitu faham dengan sensitiviti masyarakat India serta memohon maaf kepada mereka yang berbangsa India.

“Salah tetap salah. Saya cuma nak minta maaf kepada semua rakan saya yang berbangsa India, minta maaf sangat-sangat dan kawan-kawan Melayu saya sebenarnya tak faham

“Tetapi ia tetap kesalahan, dan kami telah buat permohonan maaf secara terbuka dan berharap sangat rakan-rakan dan keluarga India dapat memaafkan kami,” katanya.

Terdahulu, tiga penyampai radio swasta tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan tularnya video dikatakan mempersenda tarian Kavadi Hindu.


Scroll to Top