Mualaf Korea Selatan & Ibu Anak 2, Penampilan Bertudung Maryam You Narae Saat Bersalin Jadi Inspirasi – Hijabista

Mualaf Korea Selatan & Ibu Anak 2, Penampilan Bertudung Maryam You Narae Saat Bersalin Jadi Inspirasi – Hijabista

Mengagumkan, meskipun seorang mualaf dari Korea Selatan dan kini ibu anak 2, penampilan bertudung Maryam You Narae saat bersalin di hospital jadi inspirasi wanita.

Sebagai Muslimah, menutup aurat adalah satu kewajipan yang tak boleh dipertikaikan dengan apa alasan sekalipun. Ini termasuklah ketika sedang bertarung dalam bilik bersalin untuk melahirkan anak.

Instagram @maryamyunrrr

Dalam perkongsian terbaharu personaliti media sosial Maryam You Narae dan suaminya Ryzal Ibrahim, momen menyambut kelahiran anak kedua dalam keadaan lengkap bertudung kemas menarik perhatian.

Sebagai mualaf atau saudara baru memeluk Islam, penampilan Maryam ini dikagumi kerana bukan mudah menjaga aurat ketika bersalin. Tak kurang juga yang memuji suaminya kerana berjaya mendidik isteri dan memelihara aurat serta maruahnya dengan baik.

Hebatnya Maryam, dalam sakit-sakit lepas melahirkan tu pun masih mampu pelihara aurat dengan baik. Jom tengok video ni…

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2019 di Korea Selatan itu kelihatan gembira dengan kelahiran Baby Rian serta tidak ketinggalan berkongsi video pengalaman Ryzal memotong tali pusat putera sulungnya.

Mengagumkan, meskipun seorang mualaf dari Korea Selatan dan kini ibu anak 2, penampilan bertudung Maryam You Narae saat bersalin di hospital jadi inspirasi wanita.

Maryam Younarae selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Rabu jam 2.29 pagi di KPJ Damansara Specialist Hospital. Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh suaminya, Ryzal Ibrahim. Lebih bermakna, bayi comel seberat seberat 3.67 kilogram itu turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibunya.

Instagram @maryamyunrrr

Menerusi perkongsian yang sama, Ryzal turut meluahkan rasa syukur dan berharap mereka suami isteri dapat menjaga amanah yang diberikan itu dengan baik. Pasangan yang pernah terkenal dengan YouTube DurianKimchi itu juga dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Rina, 4.

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/dari-selebriti-ke-usahawan-busana-muslimah-aurel-hermansyah-akhirnya-temui-ketenangan/

The post Mualaf Korea Selatan & Ibu Anak 2, Penampilan Bertudung Maryam You Narae Saat Bersalin Jadi Inspirasi appeared first on Hijabista.

Scroll to Top