Tahniah Puteri Sarah Liyana sebab dapat memiliki sebuah kereta baharu. Kalau tengok perkongsian Sarah di TikTok, ramai yang puji pencapaiannya dan mendoakan agar ibu tunggal kepada dua anak ini terus kuat.
Puteri Sarah dilihat bersama seorang perunding jualan, namun jenis dan jenama kereta tersebut masih menjadi tanda tanya kerana dirahsiakan.
Hadiah dari Syamsul Yusof? Ini respon Puteri Sarah…

Bagaimanapun, di ruangan komen, muncul pula spekulasi daripada seorang individu yang mendakwa kereta itu adalah hadiah daripada bekas suaminya, Syamsul Yusof.
Bagaimanapun, Puteri Sarah pantas menafikan dakwaan tersebut dengan jawapan padu!
Kenapa dia nak bagi saya hadiah? Dia bukan suami lagi pun.
Jawapan ini terus menarik perhatian netizen yang rata-ratanya menyokong dan memuji ketegasan pelakon ini.
“Alhamdulillah syukur, rezeki hari Jumaat..”- Puteri Sarah.
Di ruangan kapsyen, Puteri Sarah meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diterimanya dengan menulis:
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 sebelum bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.
#ApaKataOhmedia
Tak semua benda yang seseorang beli itu mesti hadiah daripada orang lain. Rezeki setiap orang berbeza-beza, dan kejayaan seseorang wajar diraikan tanpa sebarang spekulasi. Daripada sibuk buat andaian, lebih baik kita tumpang gembira!
